BARU! Laman sesawang vibe coding dan rujukan vibe coding Malaysia dalam Bahasa Melayu untuk membina laman web & aplikasi dengan bantuan AI. BARU!
(Sila tekan untuk mendengar muzik)
VibeCoding.com.my dibangunkan dan dikendalikan oleh Nexavista Network. Kami merupakan perniagaan tempatan yang beroperasi di kawasan Bandar Baru Bangi dan Kajang, Selangor, serta telah menyediakan servis buat laman web asas, pengiklanan online, dan jualan produk digital sejak tahun 2020.
NS0244481-U
Nexavista Network (Berdaftar di Malaysia)
Sejak 2020
Pengalaman praktikal bersama usahawan & pengguna tempatan.
Bandar Baru Bangi & Kajang
Bandar Puteri Bangi, Selangor (Temu janji sahaja / Appointment Only).
Sejak 2020, kami melihat ramai peniaga kecil, pelajar, dan pengasas produk di Malaysia menangguhkan hasrat memiliki laman web sendiri kerana kos pembangunan yang tinggi atau kerumitan teknikal. Kemunculan gelombang vibe coding melalui alatan seperti Lovable, Bolt.new, dan Hostinger Horizons membuka peluang baharu untuk membina laman web dan aplikasi menggunakan arahan bahasa biasa.
Walau bagaimanapun, banyak maklumat di internet dipenuhi hype melampau seolah-olah AI boleh menyiapkan segalanya tanpa semakan. Di VibeCoding.com.my, kami mengambil pendekatan yang jujur dan berpijak di bumi nyata: kami berkongsi apa yang benar-benar menjadi, apakah batasannya, dan bagaimana memastikan laman yang dibina mesra enjin carian serta mudah ditemui pelanggan.
Reka bentuk laman ini sengaja mengambil inspirasi daripada era web 1990-an. Ia dibina dengan bantuan AI, ringan, dan direka agar sesuai dilayari pada telefon bimbit mahupun komputer.
The requested URL was not found on this server.
Terjemahan: laman yang abang cari tak wujud. Mungkin belum siap, atau memang tak pernah dibina.